Jumaat, 2 Julai 2010

La Tah Zan

"Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling tinggi Darjatnya Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"


# Intisari Laa Tahzan itulah judul buku pemberian Ayahdaku #
tarikh 22 May 2009 persamaan dengan tarikh Ayahda pergi mengadap Illahi 22May 2010

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
If I could write a million pages
But still be unable to say, just how
Much I love and miss him


buku ini banyak memberi sinar 
untuk aku terima hakikat
bahawa segalanya
hanya pinjaman sementara
terima kasih Allah

apa yang aku ada
"Terima Kasih"

p/s : Bersangka Baiklah Kita Pada AllahTaala 

Ahad, 6 Jun 2010

nafas terakhir Ayahda

akhirnya
kau pergi tinggalkan aku

sepi**
Ayahda

mesti kau melihat aku
lusuh
lemah

tiap malam juga..

kau mendengar
aku menangis dibawah bantal

tido**
ayah peluklah aku seperti hari sebelumnya
tidurkan aku dengan tepukkan di bahuku
ditemani zikirullah mu





Jumaat, 14 Mei 2010

pelukkan Ayahda

anak dara ayah dah besar
nanti kalau ayah tak ada
jaga ibu baik-baik

malam tadi
. .  hospital melaka
-atas katil yg kecil itu
kita tidur bersama
kau tepuk bahuku
kau dodoikan
seperti kau ingin katakan sesuatu

Ayah
aku rasa
aku rasa air mata kau menitis di  pipiku
yang sebenarnya
air mata kau dan aku menitis bersama

Ayah
aku nak kau tahu
kaulah lelaki yang paling aku kasihi

biarla malam itu . .
menjadi saksi di syurga nanti

Selasa, 11 Mei 2010

s e b a k

Ini lah pemandangan dari wad -hospital melaka..waktu ni pakar & doktor round cek pesakit .so penjaga diminta duduk diluar supaya tidak menganggu waktu rawatan . .nak hilangkan kebosanan aku layan perasaan jap dekat tepi tingkap, pagi ni tenang je .angin sayu2 awan mendung matahari masih diselaputi awan sambil menghirup udara pagi Ya Allah sungguh indah ciptaanMu  , sambil tu sempat aku mengendap  Ayahda  Ditepi pintu .. tersenyum mdegar suara ayahda  sgt ceria & riuh  mceritakan kesihatan ayahda kat Pakar .. Mana pakar tak suka kalau pesakit dye gembira dan sihat. . Tapi aku tahu ayah buat-buat happy sebab nak balik awal hehehe dah tahu sgt dah.. dalam senyuman ini  aku  tak mampu rasa sebak .ntahlah dalam 2minggu ni hati rase sayu je lihat muka ayah.. setiap bulan ayah keluar masuk hospital sebab nak hilang kan rasa kebosanan ayah. . hehe aku selaku KETUA JURURAWAT pagkat yg diberi oleh ayah ya  -_-"  aku akan awasi setiap permakanan  ayah dan setiap petang aku akan bawak ayah round 1 hospital melaka. .tolak je kerusi roda tu dgn syarat tak boleh bawak duit . . sebab nanti mesti ayah nak singgah cafe so aku lagi bijak kan kan hehe. . teringat petang semalam bawak round kat bagunan lama tingkat atas sekali .. hehe sunyi tempat tu tp ade seorang makcik pengawal keselamatan tu senyum.. Ayah cakap uda tu hantu tu..hahaha.. ayah ni penakut juga rupanya.. tp kat situ tenang angin pun sayu2 je.. nampak wajah ayah ceria sgt itulah aku nak.. Ayah sek tanya uda tak penat ke tolak kerusi roda ayah ni ,hehe tp aku tak  jawab pun soalan tu. . yg sebenarnye aku boleh pecahkan lemak mcm dah berisi lak badan waktu ni.. aku tak kisah aku sanggup buat apa saja untuk orang yang aku sayang.. seperti biasa aku dah set nak bawak ayah gei jalan2 bagunan lain.. hehe mesti korg tak percaya sebab hospital tu besar kan.. very imposible nak round2.. tak ada imposiblenya bagi aku hospital to kecik banyak jalan shortcut.. sbb aku dlu kalau nak gei aku kena tggu bus dekat depan pintu hospital dan rumah sewa aku belakang pintu hospital dekat dengan bilik manyat hehehe (=   so aku adalah tetamu yang selalu lalu dalam hospital tu dan setiap malam la jalan sorang2 dekat bilik manyat aku ni penakut jgk tp aku terpaksa buat berani.. hehe . . inilah aku.. tapi tu 2 years ago aku dapat tawaran belajar diploma dan sekarang aku dah tamat pengajian aku. Kebanyakkan  tawaran kerja waktu tu semua aku dah tolak. . memang waktu ni aku memang nak jaga ayah dan aku yakin dengan keputusan aku bagi aku dunia ni Allah jadikan luas terbentang mcm2 rezeki kita boleh perolehi sekiranya kita kuat dan rajin berusaha. . InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik untuk aku nanti.. . oklah aku nak masuk dalam .. ni la aku pagi2 kne pergi cari makanan yang paling sedap untuk Ayah.. Sarapan pagi mau sedop oi.. kesian jgk kat ayah kne sekat2 makan..  tapi yang kne marah ngn ibu..n akak2 aku lah..huhuhuiii.. ok ..all sayang la keluaga korang baik2 ya..wasalam..

Rabu, 17 Mac 2010

jodoh itu rαhsiα ALLAH ☻♥ ☻ /█\ /█\ .||.||.


Dibawah LangitMu
ya Aku & Kau

diam--
kenapa aku
layak kah aku

ya aku tak tahu
ya.. kau pun tak tahu. .

tak mengapa
kita teruskan
memang tak pasti

tak perlu korbankan
apa-apa-

dalam berapa saat
terpisah kembali
terpisah dengan jaraknya
tapi di bawah langit yang sama

kau senyum
aku senyum
kita sama2 suka rupanya-

sayang..
tungu aku kalau mahu tunggu
sebab itu semua rahsia Tuhan
pasti... 

Sabtu, 6 Mac 2010

Ayahda & pokok bunganya

inilah Ayahda ku. . baru seminggu keluar hospital dah aktif menanam pokok bunga. . .Ayahda sagat cinta dan sayang pokok bunga kalau korang nak tahu kdg2 dye borak dgn pokok bunga , nampak pokok bunga layu die cakap pokok mengajuk sebab Tuan dye tak  ada seminggu.. hehe mmg pun Ayahda masuk Hospital melaka so kitaorg duduk rumah kakak aku dekat ngn hospital,rumah tertinggal seminggu.

pagi2 riuh panggil aku,ingatkan apa.. rupanya nak bg tau bunga2 Ayahda kemain cantik tumbuh.. "tengok pokok cempaka belakang tu ,die mengajuk semalam ayah cakap nak potong dahan dye"... sempat la aku jenguh tgok.. sambil berseloroh "awat hang manje sgt ,hang igat nama hang cempaka hak dok sombong layu ,ikot ati cik,cik nak kerat2 hang..." sempat jeling Ayahda.. tersenyum... hehe tengok aku pun dah berjangkit berborak dgn pokok. . . "LIKE FATHER LIKE SON" -__-"

tp kalau korang nak tahu Ayahda selalu cakap menanam pokok mendapat pahala...=) ...

Khamis, 4 Mac 2010

a k u | . . .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.



Ukhuwah Fillah Abadan abada fin  Jannah :')  
Memang ada sahabat macam ni,
 tapi susahnya untuk memiliki.
 Umpama mutiara di dasar laut . . 
Alhamdulilah aku mula berhijrah menjadi perempuan yang rasa diri hendak dilindungi setiap masa. aku kenal dengan seorang perempuan yang percakapannya agak lembut bila ditatap mata sahaja yang nampak. berpurdah, bertudung besar dan berjubah, malu rasanya bila bersama..
malu--
sebab aku rasa diri aku kecil sangat2 , malu ilmu agama aku kurang sangat-sangat padahal ibu ayah dah hantar sekolah agama sampai habis.  solat macam biskut , mengaji bila rasa ada masa. semua aku ambil tak peduli dengan ini semua, bila aku berkawan dengan seorang sahabat dari singapura  banyak memberi nasihat tunjuk ajar pada aku.
permulaan yang kekok untuk aku, tapi benda baik buat apa nak malu, aku berkobar-kobar berjinak memakai tudung . rasa save sangat. alhamdulilah aku harap aku akan jadi yang lagi baik dari sekarang. insya allah doakan aku selalu.