-
Jika
matahari tidak terbit,
Cukuplah
wajah Laila menggantikan sinarnya,
Jika
rembulan tidak timbul,
Kelembutan
Laila sudah cukup menyejukkan bumi.
(Syair
Majnun buat Laila)
"Awak tahu tak cerita Laila Majnun ni fasal apa?"
"Laila Majnun menceritakan tentang seorang pemuda bernama Qais yang mencintai seorang gadis bernama Laila setengah mati. Tetapi percintaan mereka tidak direstui oleh orang tua Laila, kerana Qais ini miskin. Untuk memisahkan mereka berdua, bapa Laila membawa keluarganya berpindah jauh dari Qais. Apabila Qais mengetahui kekasihnya itu berpindah, dia terus bertekad mencari Laila, sehingga dia berjaya menemuinya ketika Laila sedang bersedekah kepada mereka yang daif...
"Pada masa yang sama, seorang putera raja singgah di kota tempat keluarga Laila baru berpindah. Baginda terpandang wajah Laila yang cantik lalu terus jatuh hati kepadanya. Bapa Laila terus menerima lamaran putera raja itu lalu Laila dikahwinkan-"
"Hemm... Awak nak tahu apa makna majnun?"
"Kenapa pula Qais dianggap gila?"
"Entahlah... Agaknya dalam konteks budaya patriaki Arab, hanya wanita sahaja yang jatuh cinta kepada lelaki. Jika seorang lelaki tergila-gilakan wanita yang dicintainya, dia akan dianggap gila. Sebab itulah Qais dipanggil majnun"
Untuk Aku ;
Biar tersisih rasa cintaku pada makhlukMu ini, Ya Allah engkau lebih
tahu ... 'Aku tinggalkan cinta ini kerana Allah dan ku yakini atas janji-Nya.
Sesungguhnya,
cinta para wanita solehah bukan pada hartanya, bukan pada
ketampanannya, bukan pada kebangsawanannya tetapi, cinta mukminah
solehah adalah terhadap akhlaq dan budi pekerti sang jejaka.
Allah telah menukilkan kisah cinta puteri Nabi Syu’aib di dalam Al-Quran yang berfirman: Salah
seorang dari kedua puteri itu berkata,
“Wahai ayahanda, ambillah ia
sebagai orang yang bekerja untuk kita. Kerana sesungguhnya orang yang
paling baik ayah ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat
dipercayai. (Al-Qashash:26)
Daripada
ayat di atas, kita maklum bahawasanya puteri Syu’aib tertarik dengan
kerajinan dan amanah yang ditunjukkan oleh Musa as, tetapi dengan segala
sifat malunya, kesukaan itu dilontarkan dalam bentuk yang tersirat
yaitu untuk dijadikan Musa sebagai pekerja.
Lihatlah
disekeliling kita, betapa jauhnya nilai masyarakat hari ini dalam
memahami pengajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.
.....
.....
....
..
.
Namun
begitu, mencintai dan dicintai tidak terlarang oleh agama namun ada
aturan yang harus di taati sesuai panduan Al-Qur’an dan As Sunnah.
Malah, di dalam Al-Quran telah diberitakan tentang sifat kecintaan
manusia sesama manusia di dalam surah
Al ‘Imran ayat 1: “Dijadikan
indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini syahwat
dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis
emas,perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang”…( Ali ‘Imran : 14)
Sesungguhnya,
cinta adalah suci dan ikhlas, namun, bila cinta bersamaan syaitan,
syahwat dan syubhat, maka cinta merupakan penyakit dan pemusnah jiwa
manusia.
Firman Allah :
“Dan
hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu
menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari kurniaNya”…(An-Nur:33)
Cinta bukan
hanya terbatas kepada cinta sesama manusia tapi makna cinta merangkumi
cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan Jihad fi Sabilillah.
Bagi seorang insan bagaimana untuk menyatakan rasa kecintaan terhadap Pencintanya telah pun digariskan dalam Islam:
Katakan
hai Muhammad: jika adalah kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku.
Maka Allah akan mencintai kalian dan ia ampuni segala dosa kalian….(Ali
Imran:31)
Jadi ambillah pengajaran daripada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menitipkan rasa cinta terhadap Azza Wa Jalla.
Selama kehidupan para Rasul dan Ummahatul mukminin dalam ketaatannya kepada Rabb.
contoh kesetian Nailah AlFarafisyah yang kawin dengan Saidina Utsman
bin Affan ketika berumur 18 tahun dan Saidina Utsman berumur 81 tahun,
kecerdasan akal dan kemanjaan ‘Aisyah, kelembutan dan ketabahan Saidina
Khadijah, dan ketaatan isteri para syuhada dalam menegakkan kebenaran
seperti Ummu Usamah, isteri Hassan Al-Hudaibi, dan Aminah Quthb, isteri
Kamal Asy Syananiri.
Ternyata Bidadari Surga disebabkan kesholihanmu dan
ketabahanmu……Cemburu Padamu karenanya Bidadari Surga ingin belajar
padamu tentang keshalihan dan makna keimanan sebagaimana Allah dan
Rasulnya kehendaki.
Wahai jiwa
yang tenang, kembalilah pada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai,
maka masuklah ke dalam jannahKu…(AlFajr :27-30)
5 ulasan:
cinta sampai ke Jannah
indah kata2
tersentuh jiwa
ingin menjadi sepertinya
adakah mampu?
indah
saya suka ayat
Untuk Aku ;
Biar tersisih rasa cintaku pada makhlukMu ini, Ya Allah engkau lebih tahu ... 'Aku tinggalkan cinta ini kerana Allah dan ku yakini atas janji-Nya.
Cinta bukan hanya terbatas kepada cinta sesama manusia tapi makna cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan Jihad fi Sabilillah.
Catat Ulasan