Selasa, 11 Mei 2010
s e b a k
Ini lah pemandangan dari wad -hospital melaka..waktu ni pakar & doktor round cek pesakit .so penjaga diminta duduk diluar supaya tidak menganggu waktu rawatan . .nak hilangkan kebosanan aku layan perasaan jap dekat tepi tingkap, pagi ni tenang je .angin sayu2 awan mendung matahari masih diselaputi awan sambil menghirup udara pagi Ya Allah sungguh indah ciptaanMu , sambil tu sempat aku mengendap Ayahda
Ditepi pintu .. tersenyum mdegar suara ayahda sgt ceria & riuh
mceritakan kesihatan ayahda kat Pakar .. Mana pakar tak suka kalau pesakit dye gembira dan sihat. . Tapi aku tahu ayah buat-buat happy sebab nak balik awal hehehe dah tahu sgt dah.. dalam senyuman ini aku tak mampu rasa sebak .ntahlah
dalam 2minggu ni hati rase sayu je lihat muka ayah.. setiap bulan ayah keluar masuk hospital sebab nak hilang kan rasa kebosanan ayah. . hehe aku selaku KETUA JURURAWAT pagkat yg diberi oleh ayah ya -_-" aku akan awasi setiap permakanan ayah dan setiap petang aku akan bawak ayah round 1 hospital melaka. .tolak je kerusi roda tu dgn syarat tak boleh bawak duit . . sebab nanti mesti ayah nak singgah cafe so aku lagi bijak kan kan hehe. . teringat petang semalam bawak round kat bagunan lama tingkat atas sekali .. hehe sunyi tempat tu tp ade seorang makcik pengawal keselamatan tu senyum.. Ayah cakap uda tu hantu tu..hahaha.. ayah ni penakut juga rupanya.. tp kat situ tenang angin pun sayu2 je.. nampak wajah ayah ceria sgt itulah aku nak.. Ayah sek tanya uda tak penat ke tolak kerusi roda ayah ni ,hehe tp aku tak jawab pun soalan tu. . yg sebenarnye aku boleh pecahkan lemak mcm dah berisi lak badan waktu ni.. aku tak kisah aku sanggup buat apa saja untuk orang yang aku sayang.. seperti biasa aku dah set nak bawak ayah gei jalan2 bagunan lain.. hehe mesti korg tak percaya sebab hospital tu besar kan.. very imposible nak round2.. tak ada imposiblenya bagi aku hospital to kecik banyak jalan shortcut.. sbb aku dlu kalau nak gei aku kena tggu bus dekat depan pintu hospital dan rumah sewa aku belakang pintu hospital dekat dengan bilik manyat hehehe (= so aku adalah tetamu yang selalu lalu dalam hospital tu dan setiap malam la jalan sorang2 dekat bilik manyat aku ni penakut jgk tp aku terpaksa buat berani.. hehe . . inilah aku.. tapi tu 2 years ago aku dapat tawaran belajar diploma dan sekarang aku dah tamat pengajian aku. Kebanyakkan tawaran kerja waktu tu semua aku dah tolak. . memang waktu ni aku memang nak jaga ayah dan aku yakin dengan keputusan aku bagi aku dunia ni Allah jadikan luas terbentang mcm2 rezeki kita boleh perolehi sekiranya kita kuat dan rajin berusaha. . InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik untuk aku nanti.. . oklah aku nak masuk dalam .. ni la aku pagi2 kne pergi cari makanan yang paling sedap untuk Ayah.. Sarapan pagi mau sedop oi.. kesian jgk kat ayah kne sekat2 makan.. tapi yang kne marah ngn ibu..n akak2 aku lah..huhuhuiii.. ok ..all sayang la keluaga korang baik2 ya..wasalam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan