Rabu, 17 Mac 2010

jodoh itu rαhsiα ALLAH ☻♥ ☻ /█\ /█\ .||.||.


Dibawah LangitMu
ya Aku & Kau

diam--
kenapa aku
layak kah aku

ya aku tak tahu
ya.. kau pun tak tahu. .

tak mengapa
kita teruskan
memang tak pasti

tak perlu korbankan
apa-apa-

dalam berapa saat
terpisah kembali
terpisah dengan jaraknya
tapi di bawah langit yang sama

kau senyum
aku senyum
kita sama2 suka rupanya-

sayang..
tungu aku kalau mahu tunggu
sebab itu semua rahsia Tuhan
pasti... 

Sabtu, 6 Mac 2010

Ayahda & pokok bunganya

inilah Ayahda ku. . baru seminggu keluar hospital dah aktif menanam pokok bunga. . .Ayahda sagat cinta dan sayang pokok bunga kalau korang nak tahu kdg2 dye borak dgn pokok bunga , nampak pokok bunga layu die cakap pokok mengajuk sebab Tuan dye tak  ada seminggu.. hehe mmg pun Ayahda masuk Hospital melaka so kitaorg duduk rumah kakak aku dekat ngn hospital,rumah tertinggal seminggu.

pagi2 riuh panggil aku,ingatkan apa.. rupanya nak bg tau bunga2 Ayahda kemain cantik tumbuh.. "tengok pokok cempaka belakang tu ,die mengajuk semalam ayah cakap nak potong dahan dye"... sempat la aku jenguh tgok.. sambil berseloroh "awat hang manje sgt ,hang igat nama hang cempaka hak dok sombong layu ,ikot ati cik,cik nak kerat2 hang..." sempat jeling Ayahda.. tersenyum... hehe tengok aku pun dah berjangkit berborak dgn pokok. . . "LIKE FATHER LIKE SON" -__-"

tp kalau korang nak tahu Ayahda selalu cakap menanam pokok mendapat pahala...=) ...

Khamis, 4 Mac 2010

a k u | . . .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.



Ukhuwah Fillah Abadan abada fin  Jannah :')  
Memang ada sahabat macam ni,
 tapi susahnya untuk memiliki.
 Umpama mutiara di dasar laut . . 
Alhamdulilah aku mula berhijrah menjadi perempuan yang rasa diri hendak dilindungi setiap masa. aku kenal dengan seorang perempuan yang percakapannya agak lembut bila ditatap mata sahaja yang nampak. berpurdah, bertudung besar dan berjubah, malu rasanya bila bersama..
malu--
sebab aku rasa diri aku kecil sangat2 , malu ilmu agama aku kurang sangat-sangat padahal ibu ayah dah hantar sekolah agama sampai habis.  solat macam biskut , mengaji bila rasa ada masa. semua aku ambil tak peduli dengan ini semua, bila aku berkawan dengan seorang sahabat dari singapura  banyak memberi nasihat tunjuk ajar pada aku.
permulaan yang kekok untuk aku, tapi benda baik buat apa nak malu, aku berkobar-kobar berjinak memakai tudung . rasa save sangat. alhamdulilah aku harap aku akan jadi yang lagi baik dari sekarang. insya allah doakan aku selalu.