Jumaat, 29 Jun 2012

AlQuran ada jawapannya

Ada orang baca Al-Quran hari-hari,
Ada orang baca Al-Quran 2 hari sekali,
Ada orang baca Al-Quran selang sehari,
Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali,
Ada orang baca Al-Quran setahun sekali,
Ada orang baca Al-Quran hanya bila ada orang mati,
Ada jugak yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan time dia mati...


p/s Arwah Ayah :‘Anak Ayah, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’



 Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Sabtu, 7 April 2012

appoitment Pakar


3hari lepas terpasa aku terpaksa kena tahan wad disebabkan kekurangan darah .Aku sekarang semakin berani ingin tahu apa penyakit misteri aku alami ni. . Dalam penerangan Pakar , aku  kekurangan darah disebabkan jumlah darah haid keluar banyak lebih daripada 80cc dalam seminggu lebih difinisikan aku mengalami Menorrhagia. Masa tu aku rasa macam nak mati jekan sebab nama penyakit tu menakotkan aku. ok.. aku memang cool sgt2 masa penerangan Pakar tu..  Pakar tu bagi tahu semua ini terlalu subjektif dan amat sukar untuk dilihat secara kuantiti, Sekiranya ujian darah menunjukkan wanita itu mengalami anemia atau kurang haemoglobin maka diagnos Menorrhagia mungkin betul.

serius.. aku dalam 2,3 hari dalam wad diam pikirkan masalah aku hadapi.. kadang2 air mata ni keluar jugak.. tapi tagan2 begitu cepat kesat air mata.. aku mesti kuat.. aku yakin ini mesti ada hikmahnya..

aku.. masa sekolah alhamdulilah datang bulan memang cantik. segugut pun tak ada. semenjak aku belajar ins tiggi aku rasa segugut datang bulan tak menentu.. pedarahan yang banyak sampai bila darah keluar aku nangis2 masa basuh. sebab aku tak larat sangat.. aku, rasa mungkin disebabkan permakanan aku, atau aku terlalu aktif, pulak tu subjek aku ambek pemesinan acuan besi.. ntahla.. banyak sangat andaian seolah aku tak dapat terima takdir aku sakit macam ni. Tuhan maafkan aku.

setiap orang pandangan berbeza2 kalau orang kurang ilmu. dye mesti pikir Negatif tentang aku, katanya aku ni keguguran . MasyaAllah sungguh besar dugaan aku hadapi. pada hakikatnya penyakit ini akan alami pada peringkat 20 tahun keatas atau 40-an "Pendarahan Haid banyak berlaku kerana pada umur ekstrim berlaku gangguan kitaran Ovulasi pada Ovari.

mungkin penerangan ini tak cukup siapa2 fahami.kerana pesakit sahaja merasai penyakitnya.
tidak perlu mengata apa2
kerana aku sudah terbiasa
kata fitnah itu
sakitnya mungkin lagi sakit dari penyakitku

cuma aku ingatkan
disetiap umurku ada
aku sudah maafkan
setiap kata - kata
deberi pada aku

Selasa, 27 Mac 2012

Syukur dengan umpama, melihat gelas separuh penuh, ,walau sikit,masih ada anugerah yg berbaki,

Barangkali Organ Dalaman aku menjadi lemah.. kecut & kurang stabil. . kadang -kadang aku Rasa Tewas.. kalah.. penat . . itu semua aku rasa tak Bersyukur dengan diri aku. Aku terlalu kerap tidak sihat. terpaksa duduk di rumah saja Atau Di Hospital dengan jangka masa yang sangat lama. . Kadang-kadang aku kalah juga dengan syaitan-aku benci diri sendiri, aku benci penyakit dalam badan ini. Tapi aku cuba mencari sayang di dalam benci itu.
Mungkin aku perlu mengenali penyakit ini atas sebab-musabab yang misteri namun, cantik dan Indah . ia seperti kata-kata memujuk diri aku sendiri.
Aku percaya takdir dan Aku percaya Allah sebab aku Pasti Tuhan Aku baik dengan Aku.Hidup tetap indah dan Aku tetap bersyukur--
KERANA  ada Keluarga yang selalu ada disisi bila aku lemah. . dan Pernah ada Sahabat yang sanggup cucikan darah dalam tuala kecilku.. Ada CINTA yang memberi semangat untuk aku. Wahai kekasih2ku iaitu Keluarga, cinta, sahabat Melihat hujan sebagai rahmat; biar basah kuyup ia bukan beban