Ahad, 21 Julai 2013

cinta Bidadari syurga

--
-


Jika matahari tidak terbit,

Cukuplah wajah Laila menggantikan sinarnya,

Jika rembulan tidak timbul,

Kelembutan Laila sudah cukup  menyejukkan bumi.

(Syair Majnun buat Laila)

 "Awak tahu tak cerita Laila Majnun ni fasal apa?"


"Laila Majnun menceritakan tentang seorang pemuda bernama Qais yang mencintai seorang gadis bernama Laila setengah mati. Tetapi percintaan mereka tidak direstui oleh orang tua Laila, kerana Qais ini miskin. Untuk memisahkan mereka berdua, bapa Laila membawa keluarganya berpindah jauh dari Qais. Apabila Qais mengetahui kekasihnya itu berpindah, dia terus bertekad mencari Laila, sehingga dia berjaya menemuinya ketika Laila sedang bersedekah kepada mereka yang daif...
"Pada masa yang sama, seorang putera raja singgah di kota tempat keluarga Laila baru berpindah. Baginda terpandang wajah Laila yang cantik lalu terus jatuh hati kepadanya. Bapa Laila terus menerima lamaran putera raja itu lalu Laila dikahwinkan-"

"Hemm... Awak nak tahu apa makna majnun?"

"Majnun bermaksud gila dalam bahasa Arab."

"Kenapa pula Qais dianggap gila?"

"Entahlah... Agaknya dalam konteks budaya patriaki Arab, hanya wanita sahaja yang jatuh cinta kepada lelaki. Jika seorang lelaki tergila-gilakan wanita yang dicintainya, dia akan dianggap gila. Sebab itulah Qais dipanggil majnun"



Untuk Aku ;


Biar tersisih rasa cintaku pada makhlukMu ini, Ya Allah engkau lebih tahu ... 'Aku tinggalkan cinta ini kerana Allah dan ku yakini atas janji-Nya.

Sesungguhnya, cinta para wanita solehah bukan pada hartanya, bukan pada ketampanannya, bukan pada kebangsawanannya tetapi, cinta mukminah solehah adalah terhadap akhlaq dan budi pekerti sang jejaka.
 
Allah telah menukilkan kisah cinta puteri Nabi Syu’aib di dalam Al-Quran yang berfirman: Salah seorang dari kedua puteri itu berkata,

 “Wahai ayahanda, ambillah ia sebagai orang yang bekerja untuk kita. Kerana sesungguhnya orang yang paling baik ayah ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. (Al-Qashash:26)
 

Daripada ayat di atas, kita maklum bahawasanya puteri Syu’aib tertarik dengan kerajinan dan amanah yang ditunjukkan oleh Musa as, tetapi dengan segala sifat malunya, kesukaan itu dilontarkan dalam bentuk yang tersirat yaitu untuk dijadikan Musa sebagai pekerja. 


Lihatlah disekeliling kita, betapa jauhnya nilai masyarakat hari ini dalam memahami pengajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah. 

 .....
.....
....
..
.
Namun begitu, mencintai dan dicintai tidak terlarang oleh agama namun ada aturan yang harus di taati sesuai panduan Al-Qur’an dan As Sunnah.  Malah, di dalam Al-Quran telah diberitakan tentang sifat kecintaan manusia sesama manusia di dalam surah 

Al ‘Imran ayat 1:  “Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini syahwat dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang”…( Ali ‘Imran : 14)
 
Sesungguhnya, cinta adalah suci dan ikhlas, namun, bila cinta bersamaan syaitan, syahwat dan syubhat, maka cinta merupakan penyakit dan pemusnah jiwa manusia. 


Firman Allah : 

“Dan hendaklah menjaga kesucian dirinya, orang-orang yang belum mampu menikah, hingga Allah mengayakan mereka dari kurniaNya”…(An-Nur:33)
 

Cinta bukan hanya terbatas kepada cinta sesama manusia tapi makna cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan Jihad fi Sabilillah. 


Bagi seorang insan bagaimana untuk menyatakan rasa kecintaan terhadap Pencintanya telah pun digariskan dalam Islam: 


Katakan hai Muhammad: jika adalah kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku. Maka Allah akan mencintai kalian dan ia ampuni segala dosa kalian….(Ali Imran:31) 


Jadi ambillah pengajaran daripada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menitipkan rasa cinta terhadap Azza Wa Jalla.

Selama kehidupan para Rasul dan Ummahatul mukminin dalam ketaatannya kepada Rabb. 



contoh kesetian Nailah AlFarafisyah yang kawin dengan Saidina Utsman bin Affan ketika berumur 18 tahun dan Saidina Utsman berumur 81 tahun, kecerdasan akal dan kemanjaan ‘Aisyah, kelembutan dan ketabahan Saidina Khadijah, dan ketaatan isteri para syuhada dalam menegakkan kebenaran seperti Ummu Usamah, isteri Hassan Al-Hudaibi, dan Aminah Quthb, isteri Kamal Asy Syananiri. 


Ternyata Bidadari Surga disebabkan kesholihanmu dan ketabahanmu……Cemburu Padamu karenanya Bidadari Surga ingin belajar padamu tentang keshalihan dan makna keimanan sebagaimana Allah dan Rasulnya kehendaki. 


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah pada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai, maka masuklah ke dalam jannahKu…(AlFajr :27-30)

 

5 ulasan:

fitri berkata...

cinta sampai ke Jannah

orkid berkata...

indah kata2
tersentuh jiwa
ingin menjadi sepertinya
adakah mampu?

ustaz rock berkata...

indah

Sham berkata...

saya suka ayat

Untuk Aku ;

Biar tersisih rasa cintaku pada makhlukMu ini, Ya Allah engkau lebih tahu ... 'Aku tinggalkan cinta ini kerana Allah dan ku yakini atas janji-Nya.

SYED berkata...

Cinta bukan hanya terbatas kepada cinta sesama manusia tapi makna cinta merangkumi cinta kepada Allah, Rasulullah, Hari akhirat dan Jihad fi Sabilillah.